Tuesday, January 6, 2009

ADAKAH INI DEMOKRASI?

Seperti mana ramai yang tahu kebelakangan ini rakyat di bumi Palestine cukup merana dalam menghadapi kehidupan di sana. Sebagai salah seorang dari umat yang beragama Islam saya mengutuk keras pencerobohan yang dilakukan oleh tentera Israel. Pencerobohan hak asasi ini cukup kurang ajar kepada golongan umat Islam.

Tentera Israel menyerang palestine dengan pelbagai cara. Ia dimulai dengan pengeboman di sana-sini. Kemudian memasuki bumi Palestine dengan menggunakan kereta kebal. Antara alasan yang sangat tidak boleh diterima oleh penduduk seluruh dunia adalah kerana ingin menjaga ketenteraman awam supaya tiada apa-apa pergolakan akan wujud jika penduduk di takut2 kan dengan kuasa senjata yang kuat. Walhal itu semua adalah pembohongan yang nyata kepada dunia. Step yang ketiga adalah melalui askar2 kerahan Israel dengan kekejaman kepada rakyat yang tidak mengenal usia sama ada kanak2 mahupun golongan tua. Alangkah kesiannya orang2 ini padahal tiada dosanya pun pada orang yang menyerangnya. Ia cukup bertentangan dengan 'human-right'. Sedar dalam tak sedar ini adalah 'etcnic-cleansing' yang cuba dilakukan oleh firaun-Israel kepada manusia2 Islam yang tinggal di Palestine. Malah ia lebih dahsyat daripada yang pernah terjadi di Bosnia Hezergovina.

Ini adalah coretan kerdil yang dapat dibuat bagi kali pertama dalam blog ini.


MKMA
EXCO LATIHAN GPMM

No comments:

Post a Comment